Mourinho ‘tunggu masa dipecat’ - Utusan Malaysia

Mourinho ‘tunggu masa dipecat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 24 Okt. – Akhbar Sepanyol, El Pais melaporkan, pe­ngurus Manchester United, Jose Mourinho hanya menunggu masa dipecat, dan dia sudah mengalihkan fokus kepada Real Madrid selepas pasukannya kalah 0-1 di Old Trafford, hari ini.

Sejurus selepas tumpas kepada Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara, Mourinho menyindir Naib Pengerusi kelab, Ed Woodward ekoran keengganan berbelanja untuk membeli bintang dalam pasaran perpindahan, musim panas lalu.

Penyerang Argentina, Paulo Dybala menjadi pemusnah Red Devils apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-17 hasil gerakan Cristiano Ronaldo, sekali gus meletakkan skuad The Old Lady mendahului Kumpulan H menerusi sembilan mata, lima mata meninggalkan United.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juventus adalah juara tujuh kali (Serie A), kalau tidak salah saya tujuh kali berturut-turut, dua kali ke final Liga Juara-Juara dalam tempoh empat atau lima tahun terakhir. Namun, mereka tidak pernah gembira dengan apa yang dimiliki, mereka sentiasa mahu lebih.

“Walaupun sudah memiliki bintang seperti (Gonzalo) Higuain dan Dybala, mereka masih membeli pemain lain. Juventus mendapatkan Ronaldo.

“Kelab besar dengan sejarah hebat memiliki ‘nafsu hebat’ untuk mengejar kejayaan di masa hadapan,” kata Mourinho.

Mourinho juga mengakui, skuad kendaliannya sedikit ke­tinggalan di belakang Juventus, yang disifatkan berada dalam kelompok elit.

Menghangatkan lagi kedudukan Mourinho, El Pais yang dianggap ‘lidah’ Real melaporkan, juara Eropah itu sudah menghubungi bekas jurulatih mereka bagi menggantikan Julen Lopetegui.

Menurut laporan tersebut, Mourinho hanya ‘menunggu masa dipecat’, dan Real mengikuti perkembangan itu biarpun sedar dia mempunyai hubu­ngan dingin dengan tonggak kelab – Sergio Ramos, Marcelo serta Dani Carvajal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini