KUALA LUMPUR 24 Okt. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus menjalankan kajian mengenai kaedah pengurangan karbon dalam usaha mewujudkan lebih banyak ruang hijau dan kawasan awam di ibu kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, Rangka Tindakan Masyarakat Karbon Rendah Kuala Lumpur 2030 bertujuan mengurangkan pelepasan karbon di ibu kota sebanyak 70 peratus menjelang 2030.
“Kajian ini merangkumi projek River of Life (RoL), KL Heritage Track, Taman Tugu dan bencana banjir di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
Berita berkaitan:
“Orang ramai perlu berusaha menjadikan bandar raya berkarbon rendah ini satu kenyataan, bukan hanya sekadar angan-angan,” katanya selepas merasmikan Dialog Antarabangsa Seni Bina Landskap (Spark), di sini hari ini.
Program dialog selama dua hari itu merupakan anjuran Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) bersempena Bulan Design Kuala Lumpur (KUL Design) 2018.
Nor Hisham berkata, penganjuran Spark 2018 merupakan satu pembaharuan inovatif dalam mencorakkan landskap di ibu negara.
“Kami mahu jadikan Kuala Lumpur lebih berdaya maju dengan landskap yang semakin hijau seperti bandar dalam taman atau garden city,” katanya.











