Kapal tertua dunia ditemukan - Utusan Malaysia

Kapal tertua dunia ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Okt. – Sebuah bangkai kapal layar tertua di dunia telah ditemukan terdampar di dasar Laut Hitam.

Lapor Metro UK, karbon kapal terbabit menunjukkan ia berusia le­bih 2,500 tahun dan dipercayai me­rupakan kapal perdagangan Greece.

Kapal tersebut dijumpai pada ak­hir tahun lalu sebagai sebahagian daripada Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, kapal berkenaan dijumpai selepas pencarian menggunakan tek­nologi paling canggih dilancarkan.

Menurut salah seorang peserta dalam ekspedisi itu, Dr. Kroum Batchvarov, “struktur kapal lengkap dengan tiang yang masih kukuh berdiri dan alat kemudi berada pada tempatnya.

“Ini adalah penemuan yang menakjubkan dan pertama kali yang seumpamanya,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini