Najib dipanggil semula, Irwan Siregar mungkin ditahan esok - Utusan Malaysia

Najib dipanggil semula, Irwan Siregar mungkin ditahan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi siasatan lanjut berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Selain beliau, turut akan dipanggil SPRM iaitu bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka akan hadir ke Ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 2 petang.

“Mereka telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan dijangka SPRM akan menahan Irwan Serigar sebelum melakukan pendakwaan di Mahkamah Khamis ini.

“Namun, bekas Perdana Menteri itu mungkin tidak akan ditahan dan akan dibebaskan sebaik sahaja keterangan diambil,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber lagi, Ahli Parlimen Pekan itu berkemungkinan akan menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan membabitkan kes yang sedang disiasat.

“Bagaimanapun, jumlan pertuduhan yang bakal dihadapkan terhadap Irwan Serigar masih belum dipastikan,” jelasnya.

Pada 16 Oktober lalu, akhbar melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dipanggil ke SPRM bagi membantu siasatan berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC).

Laporan terbabit turut mendedahkan beliau dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih aktif dijalankan.

Selain itu, Najib juga dijangka menghadapi lebih banyak pertuduhan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memandangkan SPRM telah membuka beberapa lagi kertas siasatan terhadap beliau rentetan siasatan kes tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×