JOhor bahru – Had umur perkahwinan di Johor ditetapkan minimum 18 tahun bagi lelaki dan perempuan beragama Islam dan bukan Islam seperti diselaraskan peringkat Pusat.
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata, sebelum ini usia perkahwinan di negeri ini dibenarkan minimum 18 tahun untuk lelaki manakala 16 tahun untuk perempuan.
Menurutnya, bagaimanapun, perkahwinan di bawah 18 tahun masih boleh diberi kelonggaran untuk dilakukan dengan mengikut alasan munasabah selain perlu mendapat kelulusan menteri besar.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Had umur minimum 18 tahun tersebut juga sudah dibincangkan dengan Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perdana Belia Negara 2018 peringkat Johor di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











