Keputusan seri ‘hiris hati’ Mourinho - Utusan Malaysia

Keputusan seri ‘hiris hati’ Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Okt. – Jose Mourinho akui keputusan seri 2-2 menentang Chelsea dalam kempen Liga Perdana Inggeris adalah sesuatu yang amat perit diterima oleh Manchester United terutama selepas Ross Barkley menya­makan kedudukan di Stamford Bridge.

Dalam perlawanan tersebut Chelsea terlebih dahulu mendapatkan jaringan pada minit ke-21 menerusi Antonio Rudiger sebelum United bangkit menjadikan kedudukan 2-1 hasil dua gol daripada Anthony Martial pada minit ke-55 dan ke-73.

Bagaimanapun, ketika Uni­ted hampir untuk mendapatkan tiga mata penuh Barkley menghancurkan impian skuad bimbingan Mourinho itu apabila menjaringkan gol ketika masa kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya ia adalah satu keputusan yang amat menya­kitkan kerana ketika kami hampir mendapatkan kemenangan di tempat lawan tuan rumah pula berjaya menyamakan kedudukan.

“Bagaimanapun satu mata di Stamford Bridge semestinya keputusan yang bagus buat mana-mana pasukan yang berkunjung ke sini kerana sukar buat pasukan lain menang di laman mereka.

“Secara keseluruhannya saya tetap berpendapat kami masih pasukan terbaik di atas padang,” kata Mourinho.

Keputusan seri itu memboleh­kan mengumpul 14 mata selepas sembilan perlawanan dan kini berada di tangga kesembilan ketinggalan sembilan mata daripada pendahulu Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini