Habitat orang utan terancam - Utusan Malaysia

Habitat orang utan terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pembinaan empangan hidroelektrik bernilai AS$1.6 bi­lion (RM6.6 bilion) di Indonesia yang mengancam habitat orang utan paling jarang ditemui di dunia, mencetuskan kebimbangan baharu berhubung impak inisiatif infrastruktur global China terhadap alam semula jadi.

Empangan itu dibina di Hutan Hujan Batang Toru, Pulau Sumatera yang menjadi habitat tunggal kepada orang utan Tapanuli. Ia menyimpan kira-kira 800 spesies baru ditemui tersebut.

Dijangka beroperasi menje­lang tahun 2022, projek itu akan melintasi di tengah-tengah habitat spesies terancam tersebut. Selain orang utan Tapanuli, rimba itu juga menjadi tempat tinggal kepada fauna lain seperti ungka lincah, siamang dan Harimau Sumatera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Firma Indonesia, PT North Sumatra Hydro Energy sedang membina empangan itu bersama sokongan perusahaan milik pemerintah China (SOE) yang menginsuranskan projek di luar negara, Sinosure dan Bank of China.

SOE China, Sinohidro yang membina empangan besar Tiga Gaung, telah diberikan kontrak untuk mereka bentuk dan membina projek itu.

Pembangunan di Batang Toru merupakan antara berpuluh-puluh projek yang didesak Jakarta bagi meningkatkan bekalan elektrik ke seluruh kepulauan Indonesia yang kerap bergelap.

Bagaimanapun, projek yang disokong Beijing itu mencetuskan bantahan daripada aktivis dan kumpulan pemuliharaan. Mereka berkata, empangan itu mencetuskan risiko alam semula jadi sehingga mendorong Bank Dunia membatalkan pengli­batannya.

China bagaimanapun tidak berganjak walaupun projek infrastruktur yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Laluan itu dikritik kerana mendatangkan kesan buruk ke atas alam semula jadi.

Inisiatif itu bertujuan untuk menghubungkan Asia, Eropah dan Afrika melalui rangkaian pelabuhan, lebuh raya dan landasan kereta api.

“Isu ini menjadi sinonim dengan inisiatif Jalur dan Laluan,” kata pakar alam sekitar dari Universiti James Cook di Australia, Profesor Bill Laurance. 
– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini