50,000 penunggang motosikal banjiri BMLR - Utusan Malaysia

50,000 penunggang motosikal banjiri BMLR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 21 Okt. – Lebih 50,000 anak muda dari empat negeri membanjiri Bukit Merah Laketown Resort (BMLR)dekat sini baru-baru ini sempena Program Santai Anak Utara 2018.

Sejak awal pagi lagi, kelihatan kumpulan manusia mema­kai kemeja-T hitam kuning dan bermotosikal pelbagai jenis, be­rada di sepanjang laluan ke BMLR terutamanya melalui Lebuh Raya Utara-Selatan.

Penganjur program Santai Anak Utara, Mohd. Safiuddin Elias berkata, program tersebut bertujuan untuk mengumpulkan penunggang motosikal yang terdiri daripada anak muda dari Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Mohd. Safiuddin, sebelum di Bukit Merah, program yang mendapat sambutan hangat daripada penunggang motosikal itu telah dianjurkan di Perlis, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.

“Dalam program tahunan ini, anak muda bukan sahaja dapat berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain, malah mereka juga boleh berkongsi maklumat dalam bidang permotoran.

“Paling mendapat sambutan pada program tersebut ialah pameran motosikal berkuasa tinggi yang menjadi kegilaan golongan muda pada masa kini. Mereka tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat terkini mengenai motosikal yang dipamerkan,” katanya di sini baru-baru ini.

Program tersebut telah di­rasmikan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Menurut Mohd. Safiuddin, akibat sesak dengan lautan manusia, Ahmad Faizal sendiri terpaksa menaiki motosikal untuk pergi ke pentas utama pada hari berkenaan.

“Kita tidak mahu golongan muda ini menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba. Jus­teru, kita adakan program ini supaya mereka mendapat manfaat secara santai.

“Alhamdulillah, sehingga ki­ni sambutan daripada mereka sangat baik dan setiap kali kita adakan, jumlah yang hadir men­cecah puluhan ribu orang dan mereka yang datang kebanyakannya dari kampung-kampung,” katanya.

Sebanyak 70 buah gerai jualan dan pameran melibatkan barangan permotoran turut dibuka kepada pengunjung pada hari berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini