Pegawai kesihatan rugi RM105,000 ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

Pegawai kesihatan rugi RM105,000 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 19 Okt. – Seorang pegawai kesihatan kerugian RM105,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, wanita berusia 45 tahun itu ditipu selepas menerima panggilan pada Isnin lalu daripada seorang perempuan yang menyamar sebagai kakitangan Mahkamah Pulau Pinang.

Menurutnya, menerusi panggilan itu, suspek memaklumkan mangsa mempunyai bayaran tunggakan GSt sebanyak RM51,000 dan perlu membayar dengan segera bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian menyambung panggilan itu kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan dimaklumkan bahawa akaun Maybank mangsa telah digunakan untuk aktiviti wang haram.

“Mangsa yang bimbang dikenakan tindakan telah membuat bayaran sebanyak RM30,000 ke atas satu akaun milik lelaki berbangsa Cina di Bank Islam cawangan Satok di sini pada Selasa lalu” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa sekali lagi membuat pembayaran ke akaun yang sama tidak lama kemudian berjumlah RM55,000 bagi tujuan bayaran juruaudit.

Katanya, mangsa sekali lagi membuat bayaran pada Rabu berjumlah RM20,000 ke atas akuan seorang lelaki Melayu atas alasan pembayaran juruaudit.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian menyedari ditipu selepas mendapati tiada sebarang bayaran tunggakan dikenakan dan membuat laporan polis pada Rabu lalu untuk tujuan siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini