KUANTAN 19 Okt. – Hasrat seorang kekasih untuk menghadiahkan telefon bimbit kepada pasangannya tidak kesampaian apabila penjual barangan itu mendiamkan diri sebaik sahaja pembayaran sebanyak RM10,490 dibuat minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 3 Oktober lalu, teman wanita mangsa menyatakan mahu membeli dua unit telefon jenis Iphone Xs Max yang dilihatnya melalui aplikasi WeChat atas nama Scott.
“Mangsa yang merupakan seorang penyelia terus membuat pembayaran secara dalam talian dua hari kemudian namun sehingga kini Scott gagal dihubungi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Memikirkan ditipu, mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Kuantan di sini semalam,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











