Cheng Hoe tidak tertekan, KPI jadi cabaran - Utusan Malaysia

Cheng Hoe tidak tertekan, KPI jadi cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui tidak berasa tertekan meskipun Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk sekurang-kurangnya mara ke perlawanan akhir Piala AFF yang akan bermula 8 November hingga 15 Disember ini.

Cheng Hoe berkata, sebaik sahaja menerima tawaran sebagai pengendali skuad kebangsaan dia sudah pun sedia maklum bahawa sasaran untuk menaikkan martabat bola sepak negara perlu dilakukan.

FAM tetap tidak berganjak dengan sasaran awal untuk melihat pasukan kebangsaan mara ke final Piala AFF sekali gus menjadi KPI buat Cheng Hoe.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai jurulatih kebangsaan, saya menganggap KPI tersebut sebagai cabaran serta motivasi buat diri sendiri. Saya fikir, mana-mana jurulatih, apabila menyertai kejohanan sudah pasti mereka mahukan sesuatu (kejayaan) dan begitu juga saya.

“Saya tidak berasa sebarang tekanan dengan sasaran tersebut kerana ketika saya mengambil alih jawatan ini saya sudah pun tahu bahawa saya perlu menaikkan martabat bola sepak negara dan ini adalah sebahagian daripadanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai senarai pemain terakhir untuk menyertai Piala AFF, bekas pengendali Kedah itu berkata, dia perlu memilih daripada 56 pemain dan penilaian dibuat berdasarkan prestasi mereka sepanjang aksi persahabatan diadakan.

“Seramai 56 pemain didaftarkan dan daripada situ saya akan membuat senarai akhir. Minggu depan saya akan keluarkan,” katanya.

Skuad kendalian Cheng Hoe kini dalam fasa persiapan terakhir dan akan berjumpa Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November sebelum mengharungi kempen Kumpulan A Piala AFF menentang Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini