Manifesto janji kosong - Utusan Malaysia

Manifesto janji kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SUDAH sampai masanya kita mengambil satu langkah baharu bagi memastikan setiap janji manifesto dalam pilihan raya dipenuhi tanpa sebarang alasan.

Mana-mana ahli atau parti politik yang membuat janji melalui manifesto pilihan raya perlu bertanggungjawab terhadap semua janji mereka.

Amat menyedihkan sekiranya sebarang janji yang telah dibuat tidak dipenuhi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan tidak memenuhi atau menepati janji menunjukkan sikap tidak hormat terhadap pengundi yang telah memberi kepercayaan dan undi kepada ahli serta parti politik.

Manifesto pilihan raya adalah sebuah dokumen bertulis yang mengandungi janji-janji sekiranya ahli atau parti politik terbabit menang dalam proses pilihan raya.

Manifesto plihan raya selalunya dibuat setiap kali tibanya musim pilihan raya.

Dengan adanya manifesto pilihan raya ini, rakyat secara keseluruhan akan mudah memahami segala rancangan yang bakal dilakukan sekiranya ahli atau parti politik itu menang pilihan raya kelak.

Antara janji yang sering dilemparkan adalah berkaitan mengurangkan kos sara hidup rakyat, memberi pelbagai jenis bantuan sosial, kemudahan pendidikan dan pengangkutan serta bermacam-macam lagi.

Pegundi selalunya akan memberi undi kepada ahli atau parti politik yang menawarkan janji terbaik. Namun, amat malang status sesebuah manifesto hanya sekadar janji manis yang tidak terikat dengan undang-undang.

Ini bermakna ahli atau parti politik yang membuat manisfesto ini tidak perlu menunaikan janji yang telah dibuat setelah mereka menang pilihan raya dan mendapat kuasa memerintah negara.

Jika kita masih ingat pada 2013, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, pihak mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Dengan mengambil kira keadaan semasa, kita perlu melakukan proses penambahbaikan bagi melindungi rakyat supaya tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab berhubung janji manifesto pilihan raya.

PENGUNDI KESAL

Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini