[VIDEO] Lebih 200 berkumpul zahir sokongan kepada Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lebih 200 berkumpul zahir sokongan kepada Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Okt. – Lebih 200 penyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkumpul di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap penahanan Presiden UMNO itu.

Mereka yang terdiri daripada pemimpin dan ahli UMNO serta penduduk Parlimen Bagan Datuk dilihat berkumpul sambil memakai baju kemeja T berwarna jingga bertulis ‘Lokap SPRM’.

Memuatkan artikel berkaitan…

SPRM hari ini mengesahkan Ahmad Zahid Hamidi ditahan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaian Keganasan 2001.

Beliau ditahan SPRM selepas hadir memberikan keterangan yang dipercayai berhubung dakwaan penyelewengan dana yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini