Ibu kelar empat anak - Utusan Malaysia

Ibu kelar empat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD 18 Okt. – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala dua kakak dan abangnya parah dikelar ibu mereka yang dipercayai menghidap kemurungan di Pulau Mantanani di sini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, Jerry Yohanes maut di tempat kejadian manakala Nurul Hanisa, 8; Melati, 7, dan Jehan, 5, parah di leher akibat dikelar.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, ibu mangsa, Rimah Jimmy, 30-an, cuba membunuh diri selepas mengelar kesemua anak kandungnya itu, namun gagal selepas dihalang suaminya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sepadukan polis yang melakukan rondaan di pusat peranginan itu mengetahui tentang kejadian berkenaan pada pukul 1.40 petang selepas suami mangsa memaklumkan kepada mereka.

“Lelaki terbabit meminta bantuan dan memaklumkan bahawa anak-anaknya telah ditetak oleh isterinya.

“Wanita yang disyaki mengalami kemurungan itu mengelar keempat-empat anaknya sehingga menyebabkan seorang bayi maut manakala tiga parah dan berlumuran darah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Katanya, mayat bayi dan kesemua mangsa cedera segera dihantar ke Hospital Kota Belud dekat sini dengan menggunakan bot dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini