Kerajaan kaji kebolehlaksaan projek jambatan bengkok - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji kebolehlaksaan projek jambatan bengkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai cadangan pembinaan semula jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, keputusan lanjut berhubung pelaksanaan projek berkenaan  hanya akan dibuat selepas selesai kajian berkenaan.

“Kita tak boleh kata ia okay atau tidak okay (dilaksanakan). Saya rasa setiap projek, kita perlu lakukan kajian kebolehlaksanaan dan kemudian kita akan buat keputusan dari situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memandangkan kajian sedang berjalan, jadi saya rasa kita tunggu dulu (hasil kajian) siap dan mencadangkan langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923, dilihamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pembinaan jambatan bengkok tersebut dilakukan berikutan Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Projek itu dibatalkan tahun 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini