Bolt tolak tawaran kelab bolasepak Malta - Utusan Malaysia

Bolt tolak tawaran kelab bolasepak Malta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 18 Okt. – Pelari terpantas dunia, Usain Bolt yang sedang berjinak-jinak dengan bola sepak menolak tawaran yang dibuat sebuah kelab dari Malta, Valletta yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Ini disahkan agen pemegang rekod dunia acara 100 meter tersebut, Ricky Simms. Sebaliknya kata Simms, pelari Jamaica itu lebih berminat untuk kekal di Australia dalam usahanya untuk menjadi seorang pemain bolasepak profesional.

Ketika ini Bolt masih menjalani ujian bersama kelab utama Australia, Central Coast Mariners sejak Ogos lalu dan sudah berjaya menjaringkan dua gol dalam satu aksi persahabatan minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun Valletta yang merupakan juara Liga Perdana Malta dan ditunjangi kewangannya oleh pelabur dari UAE, Simms berkata, Bolt tetap tidak berminat termasuk beberapa tawaran lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini