KUALA LUMPUR – Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menerima maklumat berhubung dakwaan wujudnya amalan politik wang dalam proses pemilihan parti itu baru-baru ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala maklumat berkaitan dakwaan itu telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
“Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi (kelmarin) telah menyalurkan maklumat mengenai dakwaan tersebut kepada JPP dan Jawatankuasa Disiplin. Mereka akan menjalankan siasatan,” katanya yang juga bakal Presiden PKR kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











