Tiada pesta bogel di Melaka - Utusan Malaysia

Tiada pesta bogel di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menafikan terdapat penganjuran pesta bogel yang dikaitkan de­ngan satu rakaman video sekumpulan warga 
asing berseronok dalam keadaan berbogel di pesisir Sungai Melaka di sini sehingga tular di Facebook kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin berkata, pihaknya telah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Melaka Tengah di sini semalam bagi menjelaskan insiden tersebut berlaku disebabkan pelancong terbabit mabuk.

“Selepas klip video itu tular, pegawai kami telah ke premis berkenaan dan pemilik kafe memberitahu kumpulan yang dipercayai dari Eropah itu hanya melalui kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, mereka yang dalam keadaan mabuk mencabar antara satu sama lain untuk terjun ke dalam Sungai Melaka dan mula menanggalkan pakaian masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di Dataran Sungai Melaka di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini