KANGAR – Polis Perlis membantah cadangan untuk menjadikan pokok ketum sebagai tanaman komersial kerana ia akan menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia khayal dan menggalakkan kegiatan penyeludupan.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. secara peribadi tidak bersetuju sekiranya cadangan kerajaan membenarkan tanaman pokok ketum sebagai tanaman komersial untuk menjana pendapatan rakyat dilaksanakan.
Katanya, cadangan itu boleh mengundang penyalahgunaan ke atas minuman itu selain menyuburkan aktiviti penyeludupan khususnya ke Thailand.
“Polis khuatir kerana daun ketum boleh disalahgunakan malah air tanaman herba itu boleh dicampurkan dengan ubat nyamuk yang mampu memberi mudarat kepada peminumnya.
“Kita sedia maklum harga daun ketum boleh mencecah RM80 sekilogram bagi pasaran Thailand.
“Kes-kes penyeludupan daun ketum turut berlaku dengan aktif ke Thailand dan penyeludup ini bijak dan kreatif untuk mengelak kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











