41 pengetua kumpulan pertama ke sekolah harapan - Utusan Malaysia

41 pengetua kumpulan pertama ke sekolah harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Okt. – Seramai 41 orang pengetua berprestasi cemerlang menjadi kumpulan pertama untuk ditempatkan di sekolah-sekolah harapan di seluruh negara bagi meningkatkan prestasi sekolah berkenaan.

Kumpulan sulung dalam projek di bawah Kementerian Pendidikan itu akan ditempatkan selama tiga tahun di sekolah-sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan sekolah.

MASZLEE MALIK
MASZLEE MALIK 

Majlis penyerahan watikah Program Pelonjakan Kepemimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018 kepada pengetua-pengetua terbabit telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam satu majlis di Genting Highlands, Pahang hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Maszlee, penempatan itu me­rupakan amanah daripada Kementerian Pendidikan kepada pemimpin-pemimpin sekolah yang disifatkan sebagai ‘hero anak bangsa’ untuk membawa pe­rubahan kepada sekolah-sekolah berprestasi rendah.

“Anda adalah hero-hero yang bakal melonjakkan sekolah-sekolah berprestasi rendah dan melahirkan hero-hero yang cemerlang untuk negara.

“Tahniah kepada para pengetua dan pensyarah bimbingan yang diberi mandat menjayakan Program Pelonjakan Kepe­mimpinan Sekolah, Kementerian Pendidikan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sepanjang tempoh penempatan, pengetua-pengetua terbabit akan dibantu oleh pensyarah bimbingan dari Institut Aminuddin Baki (IAB) dan program pe­rintis yang melibatkan sembilan pengetua berprestasi cemerlang telah memulakan perkhidmatan sejak tahun lalu.

ProPeks yang mendukung aspirasi Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 adalah bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dalam usaha kritikal untuk setiap anak-anak mendapat pendidikan berkualiti.

Jelas Maszlee, jatuh bangun sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahli-ahlinya, malahan yang lebih penting ialah kualiti kepemimpinan organisasi tersebut.

“Percayalah bahawa anda merupakan individu terbaik yang dikenal pasti mampu me­lakukan tugas yang mencabar ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini