Pahang banteras kebun haram - Utusan Malaysia

Pahang banteras kebun haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 17 Okt. – Kerajaan negeri mengakui kewujudan kebun-kebun haram di Cameron Highlands semakin berleluasa terutama selepas pilihan raya umum lalu apabila tiada lagi pemantauan dibuat berhubung kegiatan itu.

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN 

Pengerusi Jawatan­kuasa Pelanco­ngan, A­lam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri akan membincangkan permasalahan itu bagi mencari penyelesaian dan berharap mendapat kerjasama semua pihak termasuk daripada kerajaan Pusat.

“Kita akui kebun-kebun ini ada dalam kalangan orang tempatan yang mengusahakannya dan kita memberi lesen pendudukan sementara (TOL) kepada penduduk yang sudah lama mengusahakan kebun di Cameron Highlands.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi kini sebahagian besar pengusaha kebun di sana kita sendiri tidak tahu mereka datang dari mana. Kita berharap Pejabat Daerah Cameron Highlands akan memantau dan mencari mekanisme bagi menyelesaikannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Sharkar ber­kata, kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini adalah melibatkan warganegara asing dan seharusnya pihak yang membawa masuk pe­kerja terbabit bertanggungjawab termasuk dalam menyediakan tempat tinggal yang selamat.

“Jika kita lihat sebelum ini kita ada Op Gading yang dilancarkan pada 2014 bagi mena­ngani aktiviti penerokaan ha­ram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Came­ron Highlands. Usaha seperti ini saya rasa perlu kembali dilaksanakan,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kerjasama melibatkan semua pihak termasuk kerajaan Pusat perlu dilakukan bagi melakukan pe­nguatkuasaan dan membanteras kewujudan kebun haram di Cameron Highlands.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri kesal dan memandang serius kenya­taan Presiden Pertubuhan Pelin­dung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yang mendakwa, jika ada penguatkuasaan di Came­ron Highlands ia boleh ‘dibeli.’

“Jika Shariffa Sabrina ada bukti ia (penguatkuasaan) ‘dibeli,’ kemukakan bukti. Jangan hanya membuat tuduhan ke­rana boleh memberi imej buruk kepada pihak lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini