Calon kalah jangan kecewa - Utusan Malaysia

Calon kalah jangan kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan telah diketahui di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) menang besar.

Sehubungan itu, hasrat beberapa orang calon lain untuk menjadi wakil rakyat tidak kesampaian.

Kalau salah seorang daripada enam calon yang tewas itu tiba-tiba menang, ia satu kejayaan lebih hebat dan paling sukar untuk dilupakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah semua undi yang dimenangi oleh enam calon tersebut setelah dicampur semuanya menjadi 12,473 undi.

Rupa-rupanya ada juga calon Bebas yang hilang deposit dalam PRK itu.

Apa yang penting, enam calon yang tewas jangan berputus asa, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika berani masuk lagi.

Kalau ada rezeki menang dan kalau tidak ada rezeki, sampai bila-bila pun tidak akan menang.

Semasa PRK itu, pelbagai isu telah digunakan oleh enam calon berkenaan, termasuk ingin berdebat dengan Anwar melalui isu tertentu.

Bagaimanapun, nampaknya Anwar tidak memberi layanan.

Yang menariknya, beberapa orang daripada enam calon itu telah diberi peluang untuk tunjuk muka dan menceritakan sebab utama bertanding di PRK Parlimen Port Dickson di television.

Sebenarnya untuk menang sebagai calon dalam pilihan raya, seseorang perlu bekerja keras di awal pagi, tengah hari, siang hingga malam termasuk sanggup menceritakan motif perjuangannya di mana-mana sahaja.

Bagaimanapun, tidak ada seorang pun calon yang tewas itu berani membuat pengumuman paling berani iaitu; ‘jika saya menang, saya tidak akan ambil sebarang gaji atau elaun bulanan untuk diri sendiri kerana wang yang saya perolehi itu akan saya serahkan kembali kepada rakyat di kawasan yang saya menangi.’

ABD. RAZAK OSMAN

Sungai Petani, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini