Sultan Muhammad V sembelih lembu - Utusan Malaysia

Sultan Muhammad V sembelih lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semalam berkenan menyembelih beberapa ekor lembu sempena Majlis Ibadat Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seri Paduka yang tiba pukul 11.35 pagi diiringi Pemangku Raja Kelantan yang juga Yang Dipertua MAIK, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad­ Rizam Tengku Abdul Aziz.

Sultan Muhammad V turut diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN