Pengiring ayahanda Agong cedera - Utusan Malaysia

Pengiring ayahanda Agong cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang anggota polis trafik patah pergelangan tangan kanan apabila terlibat dalam kemala­ngan semasa mengiringi ken­deraan ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di lampu isyarat Pasir Hor di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam, mangsa, Lans Ko­peral, Mohd. Fauzee Ibrahim, 32, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia sedang mengiringi Sultan Ismail Yahya Petra.

Semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut berlanggar dengan sebuah kereta jenis To­yota Vios dipandu seorang wanita berusia 62 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dalam tugasan mengiringi kenderaan baginda dari Istana Mahkota, Kubang Kerian me­nuju ke satu majlis di Hotel Perdana di sini.

“Semasa tiba di persimpangan lampu isyarat Pasir Hor, seorang lagi anggota pengiring menahan aliran trafik bagi memberi laluan kepada kenderaan istana.

“Namun kereta Toyota Vios dari arah Lundang yang dipandu warga emas terbabit membelok ke arah Pasir Hor menyebabkan mangsa dari arah Kubang Kerian gagal mengelak lalu melanggar pintu bahagian penumpang hadapan kereta itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini