Tiada lesen Oktoberfest - Utusan Malaysia

Tiada lesen Oktoberfest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Okt. – Kerajaan tidak akan mem­beri lesen kepada sesiapa yang ingin menganjurkan pesta berkait arak termasuk Oktoberfest di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, penganjuran pesta sedemikian tidak dibenarkan, namun pihaknya tidak dapat menghalang individu daripada meminumnya.

Menurut beliau, jika individu bukan Islam minum di dalam kedai menjual arak, itu tidak boleh dihalang kerana memang di premis yang berlesen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi untuk menganjurkan pesta perlu ada lesen dan kita tidak ada keluarkan sebarang lesen untuk penganjuran pesta sedemikian.

“Lagipun pesta itu bukanlah budaya masyarakat Malaysia, sama ada golongan Muslim mahupun bukan Islam,” kata­nya ditanya pendirian kerajaan negeri tentang penganjuran Oktoberfest yang hangat diperkatakan pelbagai pihak pada masa ini.

Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata demikian selepas merasmikan Karnival Hari Kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi, di sini hari ini.

Menurutnya, penganjuran Oktoberfest merupakan budaya masyarakat Jerman dan tidak perlu diamalkan di negara ini, khususnya di Johor.

“Perkara yang tidak baik, yang boleh mendatangkan mudarat tidak perlu kita contohi,” katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen berkenaan penganjuran pesta sedemikian sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini