Wanita Palestin maut dibaling batu penduduk Israel - Utusan Malaysia

Wanita Palestin maut dibaling batu penduduk Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA 14 Okt. – Seorang wanita Palestin maut selepas penduduk Israel bertindak membaling batu ke arah keretanya berdekatan pe­nempatan haram Israel di wilayah yang diduduki, Tebing Barat.

Lapor portal al-Jazeera, wanita berkenaan, Aisha Al-Rawbi, 47, disahkan meninggal dunia ekoran kecede­raan kepala susulan insiden terbabit.

Beribu-ribu penduduk Palestin menghadiri majlis pengebumiannya semalam di kampung Biddya, Tebing Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suaminya, Aykube al-Rawbi, 52, yang turut bersama-sama mangsa ketika kejadian berkata, ken­deraan mereka dibaling batu ketika melalui penempatan haram Israel berdekatan Nablus, bahagian utara Tebing Barat.

“Batu-batu itu datang dari arah penempatan haram Israel. Saya boleh dengar mereka bercakap ba­hasa Hebrew tetapi saya tidak melihat kelibat mereka,” kata Aykube kepada Reuters.

Kerajaan dan media Palestin menyalahkan penduduk Israel ber­hubung kematian Aisha.

Menurut Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu kenya­taan dikeluarkan, penduduk Israel telah melakukan jenayah kejam yang tidak boleh diabaikan dan perlu dikenakan hukuman.

Selain itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Palestin mahu Israel bertanggungjawab ke atas kematian Aisha selain menggesa komuniti antarabangsa untuk mempercepatkan perlindungan ke atas penduduk Palestin.

Dalam pada itu, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan batu-bata yang mempunyai kesan darah berada di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini