Elaun Sara Hidup Nelayan mungkin dikekalkan - Utusan Malaysia

Elaun Sara Hidup Nelayan mungkin dikekalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 13 Okt. – Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) mungkin akan dikekalkan sekiranya peruntukan untuk bantuan itu tidak menjejaskan perancangan ekonomi negara pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, jika ESHN dikekalkan, proses pemutihan terhadap senarai penerima akan dilakukan bagi memastikan hanya nelayan yang berkelayakan menerimanya.

“Kita tidak nafikan berlaku ketirisan sebelum ini. Ada penerima elaun sara hidup diterima pihak yang tidak turun ke laut pun. Kementerian tidak mahu perkara yang sama berulang di bawah pengurusan baharu,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan dan Agropenuer Muda di Tok Bali, di sini petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan berkaitan, Tze Tzin berkata, pihaknya kini memberi fokus untuk membantu nelayan yang terlibat dengan musim tengkujuh mengusahakan projek ekonomi akuakultur yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Katanya, projek penternakan ikan menerusi pelbagai kaedah baharu membolehkan nelayan mendapat pendapatan sampingan walaupun pada musim laut bergelora.

“Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) perlu membantu usaha seumpama ini yang turut membebaskan nelayan dari belenggu kemiskinan.

“Sekiranya projek ini berjaya dibangunkan sama ada secara individu atau berkelompok, nelayan tidak lagi mengharapkan ESHN sebagai satu sumber utama mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini