Telco sedia benar pelanggan beralih pakej - MCMC - Utusan Malaysia

Telco sedia benar pelanggan beralih pakej – MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kesemua syarikat telekomunikasi (telco) bersedia untuk membenarkan pelanggan sedia ada yang ingin menikmati penurunan harga untuk beralih ke pakej baharu yang lebih murah, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini. 

Menurut MCMC, kesemua telco turut menyuarakan komitmen terhadap usaha kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga berpatutan.

“Sebagai contoh pakej baharu yang ditawarkan oleh TIME secara automatiknya akan dinikmati oleh pelanggan sedia ada. Maxis dan TM pula bercadang untuk menaik taraf perkhidmatan Asymetric Digital Subscriber Line (ADSL) ke gentian optik secara berperingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala Celcom akan meluaskan liputan untuk perkhidmatan jalur lebar tetap pada 2019 melalui  kerjasama dengan telco yang lain dan teknologi alternatif,” katanya.

Ini bermakna pelanggan mempunyai pilihan untuk menikmati sama ada harga yang lebih murah, kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama atau kedua-duanya sekali, katanya.

Katanya, MCMC telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telco untuk mencari penyelesaian terhadap beberapa keluhan yang berbangkit susulan pengumuman pakej-pakej jalur lebar talian tetap baharu beberapa hari lepas. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini