Sasar tambah 400 anggota sukarela baharu di Terengganu, Kelantan tahun depan - Utusan Malaysia

Sasar tambah 400 anggota sukarela baharu di Terengganu, Kelantan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Angkatan Tentera Malaysia menyasarkan tambahan 400 anggota sukarela baharu menyertai pasukan askar wataniah di negeri Terengganu dan Kelantan tahun depan.

Panglima 8 Briged, Bregedier Jeneral Muhammad Huzaimi Sabri berkata, jumlah askar wataniah yang berdaftar di kedua-dua negeri tersebut kini menghampiri 5,000 anggota.

“Kadang-kala ada dalam kalangan mereka berhenti atau tidak menyambung perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu, jadi pertambahan 400 anggota sukarela itu kita sasarkan sepanjang tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sambutan yang kita terima daripada penuntut institusi pengajian tinggi juga amat positif kerana golongan tersebut merangkumi hampir 30 peratus kekuatan anggota di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Pembukaan Latihan Kem Tahunan Rejimen 512 Askar Wataniah di Kem Padang Midin di sini hari ini.

Seramai 18 pegawai dan 173 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam latihan yang merangkumi dua fasa bermula 5 hingga 19 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Huzaimi berkata, askar wataniah adalah pasukan simpanan tentera darat yang menjadi benteng kedua pertahanan negara terutamanya sewaktu darurat atau peperangan.

“Jadi kita galakkan lebih ramai rakyat di negeri ini untuk menyahut cabaran dengan menyertai perkhidmatan askar wataniah bagi membantu mempertahankan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini