769 anak Sabah sertai PPBM  - Utusan Malaysia

769 anak Sabah sertai PPBM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 769 orang anak Sabah di sekitar Lembah Klang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi memastikan golongan tersebut lebih terbela dibawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Abu Bakar Yahya berkata, rakyat Sabah di semenanjung perlu bersatu bagi memastikan masa depan sebagai perantau tidak terpinggir. 

“Saya dengar ada rakyat Sabah yang tidak mempunyai pekerjaan di sini (Lembah Klang) dan menjalani kehidupan yang memerlukan pembelaan sewajarnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru saya sarankan agar semua masyarakat Sabah di sini untuk kekal bersatu dan membantu satu sama lain dalam pelbagai hal termasuk soal kebajikan seperti kematian, “katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pertubuhan Kinabalu Bersatu dan Penyerahan Borang Keahlian Bersatu Anak-anak Sabah di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu, Adzmi KK Juatan. 

Sementara itu, Adzmi berkata, rakyat Sabah yang ada di semenanjung perlu sensitif dengan perkembangan semasa di dalam negara bukannya bersikap mendiamkan diri. 

“Rakyat Sabah di sini (semenanjung) perlu peka dengan keadaan sekeliling dan menyokong kerajaan yang memerintah hari ini. 

“Saya akan berusaha membantu orang Sabah di sini dari aspek pendidikan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini