Sudah-sudahlah berpolitik berebut jawatan Menteri Besar - Suraya - Utusan Malaysia

Sudah-sudahlah berpolitik berebut jawatan Menteri Besar – Suraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 13 Okt. – Isu pertukaran Menteri Besar yang diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan bukan sahaja mengeruhkan politik Kedah malah mendatangkan keresahan kepada rakyatnya.

Suraya Yaacob
Suraya

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, rakyat Kedah mengharapkan selepas mentadbir selama lima bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah dapat membawa lebih banyak pembangunan kepada negeri ini.

Namun sebaliknya, kata beliau, desas-desus mengenai perebutan jawatan Menteri Besar masih lagi kuat kedengaran sekali gus menjelaskan situasi kerajaan negeri yang agak rapuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pimpinan kerajaan negeri boleh nafikan tentang isu yang kini mencetus keresahan rakyat, namun ia bagaikan sudah menjadi “rahsia terbuka” bualan ramai. Pemimpin PKR usahlah bersikap “baling batu sembunyi tangan” dengan mengeruhkan kestabilan politik di negeri ini.

“Sudah-sudahlah berpolitik merebut kerusi Menteri Besar sesama sendiri kerana ia hanya akan menyebabkan kepentingan rakyat terabai,” katanya, di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang dakwaan pelantikan Menteri Besar baharu, Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berpindah ke Persekutuan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kata wakil rakyat di Sungai Tiang Pendang itu, semua ADUN PH dan kepimpinannya seharusnya tidak mempergunakan kedudukan mereka sebagai kerajaan negeri untuk kepentingan diri sendiri.

“Sesungguhnya mandat dan kuasa yang diberikan majoriti rakyat merupakan satu amanah yang perlu digalas secara adil dan memberi kemakmuran secara holistik dalam pembinaan sebuah negeri demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini