30 OKP daki bukit sempena HSN 2018 - Utusan Malaysia

30 OKP daki bukit sempena HSN 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 13 Okt. – Sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2018, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) menganjurkan Program Kembara Alam melibatkan 30 Orang Kena Pengawasan (OKP) di Bukit Jeram Mengaji, di sini hari ini.

Pengerusi JKPD daerah, Zurkurnan Yusoff berkata, program riadah yang dipantau 12 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh itu diisi dengan aktiviti meredah hutan dan mendaki bukit di sekitar kawasan itu.

“Kami menunggu OKP yang disenarai seawal pukul 7 pagi di kaki Bukit Jeram Mengaji. Setelah semua tiba, kami mendengar taklimat jurupandu yang mahir dengan selok-belok bukit tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“OKP turut diberi penerangan tentang HSN 2018 yang menjadi tradisi sambutan setiap tahun selain diberi peluang menikmati keindahan fauna dan flora,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Zurkurnan berkata, aktiviti kali pertama sempena sambutan HSN 2018 itu adalah sebahagian daripada usaha mendidik dan memberi kaunseling kepada bekas penagih dadah yang masih dipantau.

Katanya, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan OKP amat membanggakan dan rata-rata mereka mulai sedar, masa terluang perlu diisi dengan kegiatan berfaedah seperti bersukan dan beriadah.

“Gaya hidup sihat dan usaha memupuk kekuatan iman serta patuh kepada ajaran agama adalah antara pendekatan yang paling mustajab untuk OKP berhenti menagih dadah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini