Wham dan Finas bergabung lahirkan penulis skrip - Utusan Malaysia

Wham dan Finas bergabung lahirkan penulis skrip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Okt. – Dalam usaha untuk melahirkan penulis skrip berwibawa, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) berkerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menganjurkan Bengkel Seni Kreatif Wham 2018 yang diadakan di Hotel Movenpick KLIA di sini.

Presiden Wham, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, bengkel tersebut dianjurkan selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Oktober bermula 9 pagi hingga 10 malam itu mengundang barisan panel berkredibiliti bagi berkongsi idea serta pengalaman mereka.

“Selain mempelajari kaedah yang betul menulis skrip, para peserta yang terdiri daripada ahli Wham turut diberikan pelbagai pengisian lain termasuk cara untuk mengembangkan idea bagi sesebuah jalan cerita mengikut keperluan industri seni lakon tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Tengku Khalidah, dalam dunia media yang semakin mencabar, pengamal medua memerlukan kemahiran bagi meningkatkan profesionalisma yang boleh diguna pakai pada masa ajan datang.


“Penganjuran kali pertama membabitkan seramai 30 peserta dan berkemungkinan Wham akan mempertimbangkan untuk menganjurkan lagi bengkel ini. 

“Tak mustahil penganjuran bengkel seperti ini boleh dibuka penyertaannya kepada orang awam pada edisi hadapan.

“Tetapi buat masa ini, saya merencanakannya hanya untuk ahli-ahli yang telah berdaftar di bawah Wham.

“Wham terbuka untuk semua wartawan-wartawan atau petugas media yang melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air,” ujarnya.

Bengkel ini disempurnakan pelancarannya oleh pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam. 

Melalui perkongsian bersama peserta, Yusof berkata, tidak ada hukum hakam tetentu tentang bagaimana skrip dihasilkan namun jalan cerita perlu berkaitan dengan orang ramai dan mengikut zaman. 

Selain Yusof, penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim, pelakon wanita popular, Yana Samsudin dan figura berpengaruh media sosial Khairul Hakimin Mohammad turut menjadi panel dalam bengkel tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini