Cukai pelancongan dikekalkan  - Utusan Malaysia

Cukai pelancongan dikekalkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap pelancong asing yang melawat Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya (Motac), Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan negara.

“Saya mengambil maklum rungutan yang disuarakan pelancong berkenaan cukai itu. Bagaimanapun cukai tersebut tetap dikekalkan pelaksanaannya demi kebaikan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, jika dilihat pada nilai cukai RM10, dan dibandingkan dengan nilai matawang mereka, ia hanya jumlah kecil untuk dibayar ketika melancong ke negara ini,” katanya selepas sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Motac, di sini tadi. 

Malaysia mula melaksanakan Cukai Pelancongan tersebut selepas Parlimen meluluskan pelaksanaannya bermula 1 September 2017.

Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata, kerajaan juga tidak bercadang untuk menaikkan kadar cukai terbabit buat masa ini kerana ia dilihat masih berpatutan.

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kementerian itu yang bermula pukul 6 pagi disertai 500 kakitangan Motac. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini