Beban atau tidak soal lain, apa yang penting janji mesti ditunaikan - Utusan Malaysia

Beban atau tidak soal lain, apa yang penting janji mesti ditunaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 13 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat setelah terpengaruh dengan kandungan manifesto gabungan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), perlu bertanggungjawab menunaikan setiap janji tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, amat mendukacitakan sekiranya kerajaan tidak dapat menunaikan janji tersebut yang sememangnya amat ditagih oleh rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan.

“Secara asasnya, rakyat pilih Pakatan Harapan disebabkan janji-janji manis mereka dalam manifesto tersebut. Soal beban (manifesto) atau tidak, itu soal lain, apa yang penting, janji mesti ditunaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan adalah untuk melihat perubahan di negara ini seperti mana yang dijanjikan namun keadaan berlaku sebaliknya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri ini di Dataran Dato Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Dr. Mahathir dilaporkan berkata, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Malah kata Pengerusi Pakatan Harapan itu, manifesto tersebut sebelum ini diwujudkan dengan memikirkan bahawa gabungan tersebut tidak akan menjadi kerajaan, bagaimanapun sekarang mereka adalah kerajaan dan manifesto ini me­rupakan beban yang besar.

Dalam perkembangan lain, Azlan ketika diminta mengulas mengenai setiausaha sulit kanannya yang didakwa atas tuduhan memberi keterangan palsu di Mahkamah Sesysen Ampang semalam berkata, biar proses undang-undang menentukan sama ada pegawainya itu bersalah atau sebaliknya.

“Saya tidak boleh memberi komen lanjut kerana kes ini berada di peringkat mahkamah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini