Mohd. Isa selesai buang undi di SK Linggi  - Utusan Malaysia

Mohd. Isa selesai buang undi di SK Linggi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Calon Bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi di Linggi dekat sini hari ini.

Beliau diiringi empat anaknya, Mohd. Najib, 40, Megawati, 37, Lelawati, 34, dan Juhaida, 29, tiba di pekarangan sekolah berkenaan pada pukul 11.15 pagi.

Mohd. Isa selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian selepas beratur bersama-sama pengundi lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Empat anaknya bagaimanapun tidak mengundi di pusat mengundi itu kerana masing-masing mengundi di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cahaya Ikhsan Linggi, SK Baru Si Rusa dan SK Port Dickson.

Mohd. Isa ketika ditemui pemberita berkata, beliau berasa seronok dapat mengundi diri sendiri berbanding mengundi calon lain sebelum ini.

Sementara itu, maklumat terkini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 34 peratus pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini