Bukan semua wang boleh digunakan - Guan Eng - Utusan Malaysia

Bukan semua wang boleh digunakan – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Okt. – Kementerian Kewangan hari ini menegaskan bukan semua wang yang berada di dalam Akaun Wang Tunai boleh digunakan untuk perbelanjaan kerajaan.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, Akaun Tunai dan Akaun Pelaburan membentuk satu gabungan wang tunai yang dikutip, disimpan dan dilabur untuk tiga akaun berasingan. 

Jelasnya, akaun tersebut adalah, Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, bukan semua Akaun Wang Tunai dan Akaun Pelaburan boleh dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan kerana bukan semua wang itu diletakkan di dalam Akaun Hasil Disatukan. 

“Akaun Hasil Disatukan sahaja yang boleh digunakan untuk perbelanjaan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Guan Eng, ada pihak tertentu yang masih lagi percaya kerajaan dahulu (Barisan Nasional) telah menyerahkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan berbilion ringgit di dalam Akaun Wang Tunai pada 30 April lalu. 

“Malangnya ini tidak benar, bukan semua wang yang berada di dalam Akaun Wang Tunai boleh digunakan untuk perbelanjaan kerajaan,” jelasnya. 

Beliau berkata, Kerajaan Pakatan Harapan telah mengharungi lima bulan yang mencabar selepas 9 Mei lalu. 

Meskipun ditinggalkan sejumlah RM450 juta oleh kerajaan lama namun Kerajaan Pakatan Harapan masih berjaya menunaikan komitmen bulanan kewangan berjumlah RM8 bilion untuk pembayaran gaji dan pencen bulanan penjawat awam termasuk bayaran bonus. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini