Polis akan panggil ahli politik bantuan siasatan - Utusan Malaysia

Polis akan panggil ahli politik bantuan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 13 Okt. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan memanggil ahli politik tertentu susulan laporan polis yang dibuat pembantu peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Mohamad Fuzi berkata, ahli politik berkenaan akan dipanggil sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian.

“Laporan (itu) dibuat di (Ibu pejabat Polis Daerah) Sentul oleh pembantu beliau (Najib) agar diambil tindakan terhadap tokoh politik tertentu ekoran ‘allegation’ (dakwaan) yang dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila laporan dibuat, kita akan siasat…itu (prosuder) biasalah…Laporan pun baharu dibuat. Jadi kita akan ambil tindakan sewajarnya. Kalau ada keperluan kita akan panggil (ahli politik untuk beri keterangan),” katanya sempena Hari Sukan Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puteri Harbour Marina di sini sebentar tadi.

Pembantu peribadi Najib semalam membuat laporan polis meminta pihak berkuasa memanggil Lim Kit Siang untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Laporan yang dibuat itu turut menyatakan jika siasatan mendapati Najib tidak bersalah, dia mahu nama majikannya dibersihkan dan meminta polis mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini