15,000 peserta meriahkan Program Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM - Utusan Malaysia

15,000 peserta meriahkan Program Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Okt.- Sebanyak 15,000 peserta memeriahkan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan sempena Hari Sukan Negara 2018 yang dianjurkaan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching itu melibatkan murid dan pelajar sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Menurut Nie Ching, penganjuran program itu merupakan tanda sokongan kepada agenda sukan negara dan kementeriannya sentiasa aktif dan konsisten menganjurkan acara sukan di peringkat akar umbi.

“Program ini turut memberi peluang kepada ibu bapa, masyarakat dan pihak luar untuk turut serta bagi memberi sokongan padu kepada pembangunan pendidikan negara.

“Penyertaan agensi-agensi, persatuan sukan dan syarikat swasta telah menyerikan lagi sambutan ini melalui pelaksanaan aktiviti sukan yang menarik,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di sini hari ini-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×