Peratusan keluar mengundi masih rendah - Utusan Malaysia

Peratusan keluar mengundi masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson di sini setakat pagi ini masih rendah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, jumlah keluar mengundi setakat pukul 9 pagi ini cuma sembilan peratus.

“Sembilan peratus keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi memang rendah berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyarankan pengundi keluar mengundi seawal mungkin kerana dibimbangi akan hujan. Cuaca setakat ini baik, redup dan tidak panas,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson di sini hari ini.

SPR sebelum ini menyasarkan 70 peratus keluar mengundi dalam PRK bagi kerusi Parlimen Port Dickson kali ini.

Sementara itu, Azhar berkata, proses pengundian berjalan dengan baik sejak pukul 8 pagi tadi, tetapi pihaknya menerima dua laporan daripada pihak tertentu.

Kata beliau, dua pihak dengan lambang dan bendera parti didakwa menempatkan kumpulan mereka di hadapan pusat mengundi di SK Teluk Kemang.

Sementara itu, SPR dalam kenyataan terkini memaklumkan sebanyak 17 peratus daripada 68,317 pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat pukul 10 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini