Dua penunggang motosikal maut, pembonceng parah - Utusan Malaysia

Dua penunggang motosikal maut, pembonceng parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN – Dua maut manakala seorang parah dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 135, Jalan Sandakan-Lahad Datu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, dua mangsa yang maut adalah penunggang motosikal Yamaha LC dan Honda Wave, manakala pembonceng Honda Wave pula parah.

Menurut A. Sahak, kemalangan kira-kira pukul 7 malam itu membabitkan mangsa berusia antara 19 hingga 24 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa kejadian penunggang motosikal Honda Wave dalam perjalanan dari Ladang Tye Yang menuju ke Lahad Datu telah hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.

“Mangsa telah merempuh penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha LC yang berada di laluan bertentangan sehingga mengakibatkan penunggang maut dan pembonceng parah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah A. Sahak, sebelum insiden penunggang dan pembonceng Yamaha LC pula dalam perjalanan dari Ladang Kokorotos ke Paris 3 dekat sini.

Katanya, kedua-dua penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng yang parah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut  Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini