Hari Sukan Negara 2018 berlangsung meriah - Utusan Malaysia

Hari Sukan Negara 2018 berlangsung meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Hari Sukan Negara 2018 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di KL Sport City, Bukit Jalil hari ini berlangsung meriah.

Ribuan rakyat Malaysia termasuk pelancong luar negara turut hadir meluangkan masa menyertai acara yang cukup menyeronokkan, menyihatkan tubuh badan sekali gus mengisi masa lapang seisi keluarga bersama-sama.

Seorang pekerja swasta, Nuraini Dahlia Abdul Latiff, 35, berkata, dia sekeluarga cukup seronok kerana dapat menyertai pelbagai acara yang disediakan.

“Macam pagi tadi, saya dan anak-anak sertai acara berjalan kaki Fun Walk manakala suami saya pula bersama rakan-rakannya menyertai acara berbasikal Fun Ride.

“Masing-masing ada aktiviti kegemaran dan dalam acara Hari Sukan Negara 2018 ini, semua orang boleh melakukan apa yang mereka gemarkan termasuk daripada golongan kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Hari Sukan Negara 2018 peringkat kebangsaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Menteri KBS, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Seorang peniaga, Ibrahim Mat Haslan, 46, berkongsi cerita, dia pada asalnya mahu menemani anak dan isterinya sahaja.

“Namun sewaktu zumba diadakan di pentas utama, anak dan isteri bersungguh-sungguh mengajak saya.

“Tetapi itulah.. sekali dah sertai, saya rasa seronok pula. Lepas ini saya nak bawa anak tengok perlumbaan motorsikal mini pula sebelum pulang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×