Pengundian PRK Parlimen Port Dickson bermula - Utusan Malaysia

Pengundian PRK Parlimen Port Dickson bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 13 Okt. – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bermula pada pukul 8 pagi tadi dan akan tamat pukul 5.30 petang nanti.

Seramai 68,317 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka di 32 saluran mengundi hari ini.

Keputusan PRK Port Dickson dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum pukul 10 malam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Parlimen Port Dickson mempunyai 75,710 pengundi berdaftar dengan 7,191 pengundi awal melibatkan polis dan tentera telah mengundi Selasa lalu. 

Tujuh calon bertanding iaitu calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kan Chee Yuen, Stevie Chang Keng Leong dan Lau Seck Yan. 

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan pada 12 September lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk ke Parlimen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini