Pemandu bas ekspres maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu bas ekspres maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 13 Okt. – Seorang pemandu bas ekspres maut setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori sebelum melanggar treler muatan gelung besi di Bukit Jala, Jalan Raya Timur-Barat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.49 tengah malam itu, 31 penumpang bas terselamat namun hanya seorang penumpang wanita mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan tersebut melibatkan bas yang dalam perjalanan ke Kelantan dengan lori muatan habuk kayu dan treler membawa gelung besi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, semasa anggota bomba tiba di tempat kejadian, pemandu bas ekspres berusia 37 tahun tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

“Dalam kemalangan itu, pemandu lori dan treler terselamat manakala kelindan lori cedera. Kesemua yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan dari kenderaan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini