Tukang cat didakwa bunuh adik - Utusan Malaysia

Tukang cat didakwa bunuh adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang tukang cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh adik kandung lelakinya pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Lim Hock Ann, 56, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Ini kerana pertuduhan bunuh dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Hock Ann didakwa membunuh Lim Hock Soon, 48, di ruang tamu sebuah unit Flat Sri Murni, Taman Sri Murni, Sentul di sini antara pukul 4.30 pagi hingga 5 pagi pada 6 Oktober lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×