i) kita tak pernah salah menyantun cinta
kerana itu adalah resam rasa manusia
berbagi rasa berkongsi kasih antaranya
Memuatkan artikel berkaitan…
meniti titian cekal pada garis susunannya
mengenal batas dan hukum di dalamnya,
ii)
kita bukan lagi bertopengkan dusta durjana
kita bukan jua menari di batas nafsu semata
sebenarmya kita menjunjung kejujuran rasa
mahu meluah apa saja cerita mengenainya,
iii)
kita berjalan beriringan dalam senja merah menyala
mengungkap cinta seluas peta jagat raya
merintis kedewasaan makna sebuah hakikat
cinta bukan hanya untuk dua jiwa
cinta sebenarnya untuk ketuhanan dan kemanusiaannya.
RAHEEM JAY
Pokok Sena, Kedah











