Anggota polis trafik Bukit Aman direman berkaitan rasuah - Utusan Malaysia

Anggota polis trafik Bukit Aman direman berkaitan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat koperal direman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang suapan bagi mengurangkan harga saman trafik yang dikenakan kepada pemilik kenderaan.

Perintah tahanan reman ke atas anggota polis lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Shah Alam, P. Sarulatha, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut sumber, anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ditahan selepas hadir memberi keterangan di SPRM Selangor, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kegiatan berkenaan dipercayai dilakukan sejak 2015 hingga 2016.

“Anggota polis berkenaan dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bagi urusan mendapatkan pengurangan harga saman di JSPT Bukit Aman,”katanya di sini hari ini.

Kata sumber itu, penahanan berkenaan dibuat susulan tangkapan yang 
dilakukan membabitkan tiga anggota polis trafik Bukit Aman pada 4 September lalu.

Jelasnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi Kosmo! Online mengesahkan  perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini