Keputusan PRK Port Dickson sebelum pukul 10 malam esok - Utusan Malaysia

Keputusan PRK Port Dickson sebelum pukul 10 malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Bakal Ahli Parlimen Port Dickson dijangka akan diumumkan sebelum pukul 10 malam esok.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, pihaknya akan membuat pengumuman lebih awal sekiranya keputusan dapat dimuktamadkan lebih awal.

“Kami akan cuba umumkan tidak lewat dari pukul 10 malam,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau proses semakan isi peti undi dan agihan peralatan mengundi di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Othman, seramai 68,317 pengundi Port Dickson layak keluar mengundi esok dan seramai 1,403 petugas SPR dikerahkan bagi memastikan pelancaran pengundian.

PRK Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini bakal menyaksikan pertarungan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini