Johari Abdul nafi pelantikan sebagai Menteri Besar - Utusan Malaysia

Johari Abdul nafi pelantikan sebagai Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 12 Okt. – Jawatan Menteri Besar kembali panas apabila tular di media sosial sejak semalam mengatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul akan dilantik menerajui pentadbiran negeri ini menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Malah khabar angin itu turut mengatakan bahawa Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani sudah menghadap Sultan Kedah bagi mendapatkan restu baginda.

Namun empunya badan hari ini tampil menafikan khabar tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Johari bagaimanapun tidak menafikan bahawa beliau menghadap Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Sabtu lepas di pejabat baginda di Wisma Darul Aman.

“Ya, saya menghadap baginda Sultan Kedah namun untuk berbincang mengenai semua perkara berkaitan pentadbiran negeri bukan berkaitan jawatan Menteri Besar sahaja.

“Soal Menteri Besar ini jika ada rezeki adalah,” katanya di sini hari ini.

Khabar angin yang tular itu juga mengatakan bahawa Mukhriz akan berpindah ke Persekutuan bagi menggantikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sebab-sebab kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini