Hasrat 22 PATI Myanmar cari kerja di negara ini terbantut - Utusan Malaysia

Hasrat 22 PATI Myanmar cari kerja di negara ini terbantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Hasrat 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini untuk mencari pekerjaan bagi memperbaiki taraf kehidupan mereka pada masa depan tidak tercapai apabila dicekup Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis pada 3 Oktober lalu dan hari ini.

Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, dua kes berasingan itu merangkumi 22 warga Myanmar iaitu 11 individu pada 3 Oktober lalu dan baki 11 lagi individu termasuk tiga wanita hari ini.

“Siasatan awal mendapati, semua PATI itu cuba memasuki negara ini untuk mencari pekerjaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua kes tangkapan dilakukan di kawasan kebun getah berhampiran kilang gula.

“Suspek-suspek dalam tangkapan kedua yang berusia 21 hingga 38 tahun itu mendakwa telah  membayar sebanyak RM5,000 kepada sindiket untuk membawa mereka masuk ke negara ini melalui Thailand.

“Mereka dikatakan mengambil masa selama sehari menaiki kenderaan dari kampung halaman mereka di selatan Myanmar sebelum tiba di Danok, Thailand,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Kompleks Aksem Chuping di sini pagi tadi.

Mereka dipercayai cuba memasuki negara ini melalui Padang Besar dari Thailand menerusi pagar sempadan yang dirosakkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Basri berkata, PATI berkenaan mendakwa mengambil masa selama sehari menaiki kenderaan dari kampung halaman mereka di selatan Myanmar sebelum tiba di Danok, Thailand.

“Di Danok, mereka tinggal di sebuah kawasan selama dua hari dan dibawa oleh ejen untuk menyeludup masuk ke sempadan Kedah melalui pagar sempadan yang dirosakkan.

“Mereka kemudian dibawa berjalan kaki memasuki Perlis oleh ejen sebelum ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam. Ejen itu berjaya melarikan diri,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah dan semua suspek diserahkan kepada Jabatan Imigresen Perlis untuk siasatan lanjut.

Padang Besar bersempadan dengan wilayah Songkhla, Thailand.

Isu-isu mengenai penyeludupan daun ketum, minyak masak, tepung gandum, beras dan PATI merupakan perkara kritikal yang perlu ditangani sebaiknya oleh pihak berkuasa sempadan Malaysia dan Thailand kerana masalah tertentu seperti pagar sempadan yang mudah dirosakkan, televisyen litar tertutup (CCTV) yang kurang berfungsi dengan baik selain faktor geografi seperti kawasan bukit-bukau dan pergunungan.

Wang RM5,000 mampu membeli sebuah motosikal baharu, kereta terpakai dan purata gaji bulanan seorang pengurus atau eksekutif  syarikat swasta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini